13 murid dimasukkan ke hospital akibat muntah, pening kepala - Utusan Malaysia

13 murid dimasukkan ke hospital akibat muntah, pening kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 18 Julai – Seramai 13 daripada 40 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Linggi yang disyaki mengalami keracunan petang tadi dihantar ke Hospital Port Dickson di sini, ekoran mengalami muntah-muntah dan pening kepala.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, kejadian itu dipercayai berlaku selepas terdapat kerja-kerja meracun di kawasan berhampiran sekolah.

“Tidak lama selepas itu, murid-murid terbabit mula menunjukkan simptom keracunan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahmad Mukhlis berkata, seramai tujuh pegawai dan anggota bersama sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang dikerahkan memberi bantuan sejurus menerima maklumat pada pukul 2.13 petang.

Menurut beliau, seramai enam pegawai dan anggota bomba bersama sebuah jentera Hazmat dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 turut dihantar ke lokasi kejadian.

“Kami menerima panggilan daripada pihak hospital untuk membantu bagi membersihkan dan menyahkan racun daripada anggota badan mangsa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini