‘Bersatulah ahli PKR’ - Utusan Malaysia

‘Bersatulah ahli PKR’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Julai – Kemelut yang melanda PKR ketika ini akibat kontroversi video seks songsang yang dikaitkan dengan pemimpin kanannya dilihat mampu menggugat keutuhan parti itu.

Sehubungan itu, Naib Presiden PKR, Dr. A. Xavier Jayakumar menyeru semua ahli parti untuk bersatu dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan berbaur spekulasi kepada media.

Beliau turut mengingatkan ahli parti tentang perjuangan selama dua dekad parti itu yang dipimpin kedua-dua Presiden dan Timbalan Presiden PKR, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Janganlah kita lupa bahawa sebahagian besar perjuangan PKR untuk membebaskan pemimpin kita Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan fitnah diketuai oleh saudara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta rakan-rakan seperjuangan yang lain.

“Kedudukan PKR hari ini tidak akan mungkin menjadi realiti tanpa sumbangan kedua-dua pemimpin kita,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Perselisihan antara Anwar dengan Mohamed Azmin dilihat ketara apabila Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu meminta Anwar mencermin diri sendiri dahulu semalam, selepas Anwar berkata beliau wajar meletakkan jawatan sekiranya video seks yang tersebar terbukti tulen.

Anwar hari ini bagaimanapun berkata tidak mengambil hati dengan kenyataan itu dan menganggap Mohamed Azmin mungkin tidak membaca kenyataannya secara penuh.

Pagi ini juga, 27 ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan ahli Parlimen PKR mengeluarkan kenyataan secara bersama supaya Anwar mempertahankan Mohamed Azmin dan tidak memintanya meletakkan jawatan.

Xavier adalah seorang ahli MPP dan ahli Parlimen tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini