Kadar kebuluran, penyakit di Korea Utara meningkat - Utusan Malaysia

Kadar kebuluran, penyakit di Korea Utara meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL 18 Julai – Kadar kebuluran dan penyakit semakin meningkat di Korea Utara selepas hasil tuaian hanya mencapai separuh daripada jumlah yang diramalkan.

Lapor Reuters, agensi bantuan antarabangsa serta media tempatan Korea Utara telah memberi amaran bahawa kemarau dan banjir selain kurangnya akses kepada sumber-sumber asas berkemungkinan menyumbang kepada krisis makanan di negara itu.

“Kita sudah melihat impak kemarau terhadap mereka yang mudah terjejas,” kata ketua pejabat Pertubuhan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC) di Korea Utara, Mohamed Babiker menerusi satu kenyataan dikeluarkan. – AGENSI

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini