Abdul Yunus tetap jalankan tugas exco - Utusan Malaysia

Abdul Yunus tetap jalankan tugas exco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR 18 Julai – Ahli exco kerajaan negeri, Abdul Yunus Jamhari tetapi bertugas seperti biasa walaupun berdepan siasatan polis atas dakwaan membocorkan kertas minit mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri bagi mendapatkan habuan.

Menurutnya, tiada keperluan untuk beliau berehat daripada jawatannya kerana berpegang pada prinsip seseorang tidak bersalah selagi tidak dibuktikan.

Beliau, lagipun dakwaan yang dilemparkan terhadapnya merupakan fitnah dan mainan politik murahan pihak tertentu yang mahu membunuh karier politiknya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya akan meneruskan tugas sebagai ahli exco dan ADUN Kuala Kurau selagi saya tidak didapati bersalah kecuali keputusan mahkamah.

“Lebih 20 tahun terlibat dalam politik, saya sudah faham sepak terajang orang politik yang kemaruk dan gila jawatan sehingga sanggup menabur fitnah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Penyampaian Sumbangan Skim Tabarruq Peringkat DUN Kuala Kurau di Pusat Komuniti Harapan DUN Kuala Kurau di sini hari ini.

Menurut Abdul Yunus, beliau akan terus menjalankan khidmat kepada rakyat di sini yang sentiasa menjadi keutamaannya.

Beliau menegaskan tidak mahu melayan politik murahan kerana tidak mahu rakyat muak terhadap kerajaan sekarang.

“Dalam menghadapi dugaan ini, saya mendapat sokongan moral dan suntikan semangat daripada rakan-rakan dalam Pakatan Harapan serta sahabat daripada UMNO dan Pas di sini,” katanya.

Abdul Yunus dikatakan telah membocorkan kertas minit mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri bagi mendapatkan habuan.

Laporan polis mengenai dakwaan itu dibuat oleh Ahli Jawatankuasa PKR Parit Buntar, Beh Yong Kean baru-baru ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini