Kerja pembersihan tumpahan minyak di Persiaran Kenanga, selesai - Utusan Malaysia

Kerja pembersihan tumpahan minyak di Persiaran Kenanga, selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Julai- Kerja-kerja pembersihan berikutan kejadian tumpahan minyak di lorong perlahan di Persiaran Kenanga, Kota Damansara (arah Damansara Perdana), Petaling Jaya dekat sini telah selesai dilaksanakan pada pukul 1 petang tadi.

KERJA-kerja pembersihan berikutan kejadian tumpahan minyak di lorong perlahan di Persiaran Kenanga, Kota Damansara (arah Damansara Perdana), Petaling Jaya dekat sini telah selesai dilaksanakan. – UTUSAN ONLINE

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) memaklumkan, Emergency Response Team (ERT) Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (Dash) telah membuat penutupan lorong perlahan sepanjang satu kilometer (km) itu bagi kerja-kerja pembersihan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penutupan lorong telah melibatkan Persiaran Surian dan Persiaran Kenanga, Petaling Jaya dekat sini,” katanya dalam satu kenyataan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini