Tukar peralatan uzur di LRA SSP1 bagi kecekapan perkhidmatan bekalan air - Utusan Malaysia

Tukar peralatan uzur di LRA SSP1 bagi kecekapan perkhidmatan bekalan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Julai- Kerja-kerja penambahbaikan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) yang dijadualkan bermula pukul 9 pagi, 23 Julai ini adalah bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan bekalan air dengan menukar peralatan utama yang telah uzur atau rosak.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, kerja penambaikan loji dilaksanakan berikutan hasil laporan audit teknikal mendapati beberapa peralatan penting perlu diganti.

“Ia juga bagi mengelakkan sebarang gangguan tidak berjadual yang boleh memberi kesan dan impak gangguan yang lebih besar,” katanya dalam satu kenyataan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, LRA SSP1 ini mula beroperasi tahun 1993 dan henti tugas terakhir bagi kerja-kerja penambahbaikan yang dijalankan adalah pada tahun 2012.

“Air Selangor telah mengambil alih pengoperasian LRA SSP1 ini selepas pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH) dimuktamadkan pada April lalu dan menjalankan audit teknikal,” katanya.

Sehubungan itu, Abdul Raof berkata, Air Selangor telah membuat perancangan bagi melaksanakan tujuh kerja-kerja utama melibatkan penggantian beberapa peralatan loji dan injap serta meter ‘Bulk Supply Rate’ (BSR Meter) di LRA SSP1 yang telah menjangkau 15 hingga 20 tahun yang boleh mengalami kerosakan bila-bila masa sahaja.

“Pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan ini perlu dan kritikal agar kerosakan teruk tidak berlaku dan menyebabkan tempoh hentitugas loji mengambil masa yang lebih lama serta mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual kepada pelanggan.

“Air Selangor juga akan melaksanakan 28 kerja-kerja tumpang bagi penggantian dan menaiktaraf sistem agihan dalam tempoh hentitugas loji ini.

Katanya, dengan melaksanakan kerja-kerja tumpang ini juga akan dapat meminimum dan mengelakkan gangguan pada masa hadapan berhubung pelaksanaan kerja-kerja penyelengaraan dan baik pulih di sistem agihan.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) turut mmemaklumkan kerja-kerja penambaikan berkenaan bagi mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW) serta menambah jumlah rizab simpanan air (reserve margin) demi kesejahteraan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan, Putrajaya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini