Masalah PKR bukan keutamaan saya - PM - Utusan Malaysia

Masalah PKR bukan keutamaan saya – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak mahu mencampuri masalah dalaman membabitkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika ini.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, beliau perlu memikirkan mengenai banyak perkara lain daripada mencampuri urusan dalaman parti itu.

“Saya tak perlu fikir mengenai perkara ini (masalah dalaman PKR), banyak perkara lain saya perlu fikir,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) siri kesembilan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, ketika ditanya jika masalah dalaman membabitkan kepemimpinan PKR ketika ini akan menjadi liabiliti kepada PH, Mahathir berkata, itu terpulang kepada wartawan untuk membuat penilaian.

Ditanya adakah isu berkenaan akan melambatkan proses peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri antara beliau dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahathir secara ringkas berkata, perkara itu akan diteliti apabila tiba masanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini