Dr. Mahathir perlu tegas - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir perlu tegas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kami menggesa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk bersikap tegas di dalam menangani kes yang membabitkan menteri kanan Kabinet Persekutuan iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Kes ini merupakan sesuatu kes yang serius kerana membabitkan seorang individu yang telah membuat dakwaan dan bersedia bertanggungjawab. Individu ini juga sedang ditahan dan disiasat oleh pihak berkuasa sekarang.

Kes ini juga serius dari sudut moral kerana membabitkan salahlaku seks luar tabie yang bukan sahaja berlawanan dengan nilai beragama negara ini juga membuka ruang kepada masalah dalam soal keselamatan dan pentadbiran negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kes ini juga telah menjadi polemik besar dalam masyarakat dan memberi kesan mendalam kepada masyarakat termasuk parti yang merupakan parti pemerintah kerana yang didakwa terlibat adalah seorang menteri dan pemimpin parti memerintah.

Kesemua faktor-faktor ini menjadikan isu ini memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan itu sendiri lebih-lebih lagi kerana yang didakwa terbabit adalah seorang menteri yang bertanggunjawab hal ehwal ekonomi yang merupakan cabaran terbesar negara dan rakyat hari ini.

Maka adalah wajar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diminta melepaskan jawatan serta tugas dan tanggungjawab kepada negara bagi menjamin perjalanan pentadbiran negara ini juga tidak terjejas dengan isu ini.

Justeru kami menggesa Perdana Menteri mengambil sikap tegas demi kepentingan negara dan rakyat sepertimana sikap tegas yang pernah diperlihatkan oleh Tun Mahathir dalam isu-isu lain sebelum ini.

Soal ketulenan video atau dalang konspirasi itu memang perlu diselesaikan tetapi mesti dilakukan tanpa mengheret dan menjejaskan pentadbiran negara. Makanya sekali lagi kami tegaskan demi kepentingan negara PM mesti minta Menteri Kabinet ini melepaskan semua jawatan di dalam kerajaan serta merta.

MOHAMAD EZAM MOHD. NOR

*Penafian: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Utusan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini