ST rampas 1,015 televisyen LED - Utusan Malaysia

ST rampas 1,015 televisyen LED

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Julai – Suruhanjaya Tenaga (ST) berjaya merampas sebanyak 1,015 unit televisyen diod pemancar cahaya (LED) bernilai RM 190,000 selepas memeriksa sebuah kargo di Pelabuhan Klang dekat sini baru-baru ini.

ST dalam satu kenyataan berkata, pemeriksaan itu dilakukan selepas menerima maklumat daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor mengenai kargo yang dieksport dari Nansha New Port, China.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati, label keselamatan yang dilekatkan pada televisyen tersebut adalah label Certificate Assesment Body (CAB) yang dilantik agensi ini untuk model yang lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terdapat penyalahgunaan label keselamatan oleh pengimport yang menyebabkan pengguna ditipu.

“Kami seterusnya mengarahkan pengimport menanggalkan label yang tidak sah dan pengimport diarahkan memohon label keselamatan baharu melalui permohonan dengan pihak Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim),” katanya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini