Video intim Haziq Abdullah tulen - KPN - Utusan Malaysia

Video intim Haziq Abdullah tulen – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Julai – Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengesahkan video intim Haziq Abdullah Abdul Aziz yang dikaitkan dengan seorang menteri adalah tulen.

Bagaimanapun katanya, pihak Cybersecurity tidak dapat memastikan 100 peratus pelaku di dalam video itu..

“Jawapan yang kami terima, mereka kata tulen. Tapi mereka tak dapat sahkan 100 peratus siapa pelaku-pelaku dalam itu (video). Saya selaku Ketua Polis Negara tidak boleh memandai-mandai, perkara itu menjadi subjek dalam perbicaraan sekiranya dibawa ke muka pengadilan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya harap orang ramai khususnya faham tentang kekangan tanggungjawab saya sebagai Ketua Polis Negara,” katanya seperti dipetik portal Malaysiakini dalam program bual bicara terbitan RTM malam tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini