Honda lancar edisi terhad CR-V Mugen - Utusan Malaysia

Honda lancar edisi terhad CR-V Mugen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Julai – Honda Malaysia melancarkan edisi terhad CR-V dengan kit badan Mugen, sejak diperkenalkan pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018.

Hanya 300 unit edisi terhad CR-V Mugen varian 1.5L 2WD turbo ditawarkan dalam dua warna, passion red pearl (RM152,900) dan white orchid pearl (RM153,300).

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Toichi Ishiyama berkata CR-V merupakan model sempurna untuk pelanggan berorientasikan keluarga yang menikmati gaya hidup aktif bandar premium.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penambahbaikan ke atas model edisi khas ini memberikannya wajah yang lebih segar ke atas model Honda, yang seterusnya akan merangsang pasaran dan menyumbang untuk mengekalkan kedudukan kepimpinan kami dalam segmen bukan nasional,” katanya dalam kenyataan.

CR-V adalah model pertama pemasangan tempatan oleh Honda Malaysia pada 2003, dan sejumlah 95,000 unit terjual sejak itu hingga Jun 2019.

Sempena pelancaran edisi terhad CR-V Mugen, pelanggan yang mengambil bahagian dalam pandu uji CR-V berpeluang memenangi hadiah eksklusif bernilai sehingga RM100,000. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini