Shima reda tergolong sebagai asnaf - Utusan Malaysia

Shima reda tergolong sebagai asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular 90-an, Shima, terpaksa menerima hakikat apabila diberitahu kini tergolong dalam kategori asnaf oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) baru-baru ini.

Shima atau nama sebenarnya, Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, 50, mengakui dia terkejut namun, perlu reda menerima kenyataan tersebut.

“Apa lagi yang boleh saya buat selain terima dengan hati yang reda.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Memang sekarang saya sedang susah, tetapi saya yakin, di sebalik setiap ujian Allah ada hikmahnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Shima yang kini sedang menderita sakit saraf dan tulang belakang, biarpun begitu, dia tidak pernah meminta-minta daripada masyarakat dan berusaha mencari sumber pendapatan sendiri.

“Sekarang saya belum boleh berniaga nasi campur seperti biasa kerana sedang sakit dan tidak boleh berdiri lama,” luahnya lagi.

Dalam masa sama, pelantun lagu Teringin ini turut meluahkan hasrat untuk memohon Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan berharap ada pihak yang boleh membantunya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini