Ahli Parlimen PH sokong penuh Anwar jadi PM - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen PH sokong penuh Anwar jadi PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Julai – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menerima sokongan penuh daripada ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) untuk menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Anwar dengan tegas menafikan khabar angin kononnya Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR bakal menjadi ancaman yang menghalang dirinya menjawat jawatan nombor satu dalam pentadbiran negara itu.

“Biar saya beritahu ini, tiada isu pun (berhubung jawatan Perdana Menteri). PH tetap dengan pendirian, tiada perubahan. Saya bertemu Perdana Menteri untuk bermesyuarat setiap minggu, jadi perbincangan itu berjalan lancar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apa isunya? Saya mempunyai jumlah (sokongan) dan daripada Perdana Menteri. Tidak adil untuk saya atau kepada Mohamed Azmin juga untuk menyatakan sebaliknya,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini