Khairy perlu berhenti merengek selepas lebih setahun BN tewas PRU-14 - Utusan Malaysia

Khairy perlu berhenti merengek selepas lebih setahun BN tewas PRU-14

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 18 Julai – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin seharusnya bangun membela nasib rakyat bersama-sama Datuk Seri Najib Tun Razak bukannnya berjuang untuk memusuhi bekas Perdana Menteri tersebut.

Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP), Haslihelmy DM Zulhasli berkata, UMNO ketika ini memerlukan pejuang yang sanggup bersama rakyat ketika susah dan senang.

“Jangan seperti merak ketika senang dan merengek setiap hari ketika kalah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sudah lebih setahun Barisan Nasional (BN) tewas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) namun Khairy belum berhenti merengek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Haslihelmy berkata, PSAP juga hairan dengan kenyataan bekas Menteri Belia dan Sukan itu yang tidak gembira berhubung pelantikan Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN.

“Yang berjuang membela rakyat setiap hari adalah Najib sedangkan Khairy hanya menghabiskan hari-harinya kecewa dengan kekalahan PRU-14 dan kekalahannya dalam pemilihan Presiden UMNO.

“Najib tidak mengambil tempat sesiapa dalam parti atau dalam BN sebaliknya hanya meneruskan perjuangannya setiap hari dan menasihati BN adalah yang terbaik untuk beliau lakukan hari ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini