Selesai projek rumah terbengkalai sejak 9 tahun lalu - Utusan Malaysia

Selesai projek rumah terbengkalai sejak 9 tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 18 Julai – Penduduk Taman Seri Molek Perdana, Plentong di sini mendesak kerajaan negeri membantu mereka menyelesaikan masalah kediaman terbengkalai sejak kira-kira sembilan tahun lalu.

Wakil penduduk, Steven Roban, 32, memberitahu, kediaman di situ mula dijual pada 2011 dan sebanyak kira-kira 1,000 sudah terjual.

“Namun sehingga kini kediaman ini masih terbengkalai, majoriti pembeli kawasan ini bukan daripada golongan berada kerana majoriti kediamannya jenis pangsapuri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selama sembilan tahun kami terpaksa membayar ansuran bulanan dengan pihak bank selain membayar sewa rumah yang didiami sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan perhimpunan aman di pekarangan perumahan itu, di sini sebentar tadi.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Liow Cai Tung beserta kira-kira 100 pembeli yang lain. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini