Lencongan jalan di sekitar ibu negara - Utusan Malaysia

Lencongan jalan di sekitar ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Julai- Beberapa laluan di sekitar ibu negara akan dilencongkan secara berperingkat bagi memberi laluan kepada acara perbarisan Hari Anggota Bomba Sedunia 2019 pada Sabtu ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, lencongan tersebut bermula pada pukul 6 pagi sehingga acara terbabit selesai.

Katanya, laluan yang akan dilencongkan adalah Jalan Travers-Jalan Damansara (berhampiran Muzium Negara; Jalan Mahameru-Jalan Damansara (Carcosa); Jalan Mahameru-Jalan Damansara dekat susur Muzium Negara dan Bulatan Hishamuddin Jalan Lembah (Masjid Negara).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jalan Perdana-Jalan Lembah; Jalan Kinabalu-Bulatan Hishamuddin (Dayabumi); Jalan Kinabalu-Jalan Hishamuddin berhampiran susur Bukit Aman; Jalan Lembah-Jalan Cenderasari; Leboh Pasar Besar-Jalan Hang Kasturi; Leboh Ampang-Jalan Tun Perak dan Jalan Dang Wangi-Jalan Tunku Abdul Rahman turut terlibat.

“Selain itu, Jalan Kuching-Bulatan Dato Onn; Jalan Kinabalu-Bulatan Dato Onn; Jalan Tunku Abdul Rahman- Jalan Raja(Dataran Merdeka); Jalan Hishamuddin-Jalan Raja (Dataran Merdeka); Jalan Parlimen- Bulatan Dato Onn dan Bulatan Dato Onn-Jalan Raja berhampiran Kelab Diraja Selangor,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zulkefly turut menasihati pengguna memberikan kerjasama dan keutamaan kepada

peserta perbarisan dan kenderaan petugas dengan mengelak daripada melalui jalan-jalan terbabit, selain memastikan kelancaran sepanjang acara itu berlangsung.

Jelasnya, lencongan awal sudah pun dibuat sejak Isnin lalu bermula pukul 8 malam di Jalan Raja berhadapan Dataran Merdeka bagi memberi laluan kepada kerja-kerja persiapan logistik dan teknikal untuk acara itu.

“Raptai pula diadakan hari ini dan esok bermula pukul 6 pagi hingga 12 tengah hari,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini