Sibuk, tidak minat alasan klise tidak daftar pemilih - Utusan Malaysia

Sibuk, tidak minat alasan klise tidak daftar pemilih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 18 Julai – Antara alasan paling klise yang diberikan generasi muda tidak mendaftar sebagai pemilih adalah terlalu sibuk, tiada masa dan minat dengan politik.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, golongan itu perlu sedar mendaftar sebagai pengundi merupakan hak dan tanggungjawab terhadap masa depan masyarakat serta negara.

“Ini bukan bukan soal tiada masa ataupun hendak menunjukkan minat terhadap politik,” katanya ketika berucap dalam Majlis Forum ‘Make A Change, Let’s Do It Together’ anjuran SPR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Azhar lagi, jika diteliti situasi pendaftaran pemilih sebelum ini, antara faktor ramai warga yang layak tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih adalah kerana kaedah sedia ada kurang sesuai menarik minat mereka.

Katanya, melalui kaedah pada hari ini, ia dilihat kurang praktikal dan tidak selari perkembangan teknologi semasa yang mana kemudahan internet boleh diakses dengan mudah menggunakan telefon pintar atau gajet pada setiap masa.

“Kaedah pendaftaran pemilih sedia ada adalah secara manual yang menggunakan borang fizikal di mana pemohon hadir sendiri di tempat-tempat pendaftaran pemilih untuk mendaftar sebagai pemilih.

“Oleh itu, perubahan perlu dilakukan mengikut trend kemajuan teknologi yang mana masyarakat terutamanya golongan muda hari ini mahukan sesuatu lebih mudah di mana mereka boleh melakukan pendaftaran pada bila-bila masa dan mana-mana saja,” katanya.

Ujarnya lagi, pelbagai urusan penting termasuk urusniaga perbankan dan membeli-belah kinin boleh dibuat secara atas talian sekali gus ternyata memudahkan dan menjimatkan masa berbanding kaedah konvensional. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini