‘Dulu pertahan Anwar, kenapa tidak Azmin’ - Utusan Malaysia

‘Dulu pertahan Anwar, kenapa tidak Azmin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU 18 Julai – 20 tahun lalu, ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat apabila dikaitkan dengan skandal liwat, seluruh pemimpin PKR mempertahan serta melawan tuduhan terhadap presiden mereka itu.

Hari ini, apabila Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melalui situasi sama, mengapa beberapa pemimpin tertinggi tidak tampil melawan malah ada yang mendesak beliau bercuti dan meletak jawatan.

Persoalan itu, dibangkitkan oleh bekas Pengerusi PKR negeri, Mohammad Faisol Abd. Rahman seterusnya menggesa kepemimpinan agar bersatu hati dan bangkit menentang sebarang tindakan sama yang dilalui oleh Anwar dahulu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata Timbalan Ketua PKR Cabang Arau itu, di awal perjuangan PKR, semua sepakat dalam usaha membebaskan Anwar daripada fitnah dan tuduhan liar sehingga beliau terpaksa meringkuk di dalam penjara sebanyak dua kali.

Jelasnya, PKR jelas menentang sebarang konspirasi politik kotor dan kerja jahat menjatuhkan karier politik seseorang.

“Sebab itu, saya tegaskan dalam isu terkini terhadap Azmin semua kepimpinan wajib bersatu hati bangkit menentang sebarang tindakan dalam usaha menjatuhkan beliau (Azmin) menggunakan politik jijik dan kotor.

“20 tahun dulu kita pertahankan Anwar, bila dia dipecat. Kita lawan dan tidak desak Anwar letak jawatan selain membantah pemecatan Anwar. Hari ini, Azmin pula berhadapan tuduhan sama,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Anwar sebelum itu dilaporkan berkata bahawa Mohamed Azmin perlu meletakkan jawatan sekiranya video seks yang dikaitkan dengan lelaki mirip dirinya disahkan benar.

Menurut Anwar, cadangan supaya Mohamed Azmin meletakkan jawatan bergantung kepada penyiasatan yang dilakukan pihak polis.

Sebagai reaksi terhadap kenyataan Anwar itu, Mohamed Azmin dengan tegas meminta Ahli Parlimen Port Dickson itu agar bermuhasabah. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini