Husam ajak Mujahid dialog - Utusan Malaysia

Husam ajak Mujahid dialog

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 18 Julai – Pendakwah, Ahmad Husam Baderudin mengajak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berdialog dengan tajuk terancamkah Islam di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Cabaran itu dilontarkan oleh Ahmad Husam melalui status Facebooknya di sini semalam.

Kata Ahmad Husam, dialog tersebut perlu disiarkan secara langsung di saluran televisyen.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Masa dan tempat, saya serahkan sepenuhnya kepada pihak YB (Mujahid). Cuma sesi dialog tersebut mesti dibuat secara langsung di saluran televisyen,” katanya.

Pada April lalu, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menerusi kenyataan dalam laman Facebook dilaporkan mendakwa, suara ‘mempertahankan Islam’ sukar kedengaran dalam kalangan pemimpin pentadbiran kerajaan hari ini.

Dakwa Mohd. Asri, perkara itu menjadikan rakyat makin akur Islam ‘berada dalam keadaan yang tidak begitu selamat’ di bawah pimpinan kerajaan PH.

Dakwaan Mufti Perlis itu bagaimanapun disangkal oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dilaporkan berkata, kerajaan hari ini telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menjaga kepentingan agama Islam dan umatnya di negara ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini