Australia, Belanda anjur majlis peringati mangsa MH17 - Utusan Malaysia

Australia, Belanda anjur majlis peringati mangsa MH17

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Tinggi Australia dan Kedutaan Belanda di Malaysia hari ini mengadakan upacara memperingati mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine lima tahun lepas.

Diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi Australia, Andrew Goledzinowski dan Duta Belanda Karin Mssenlechner, hadirin bertafakur seminit pada pukul 9.20 malam, tepat lima tahun selepas tragedi itu.

Antara yang hadir termasuk waris, duta dari negara lain yang turut berdukacita selain wakil daripada kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bercakap kepada pemberita, Goledzinowski berkata, suruhanjaya itu menganjurkan acara berkenaan untuk mengingati mangsa dan menunjukkan sokongan kepada waris mereka.

“Kita tidak boleh membiarkan ulang tahun kelima tiba pada hari ini tanpa berbuat apa-apa. Acara ini semata-mata bagi mangsa dan waris mereka,” katanya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini