MASALAH bibir kering seringkali berlaku akibat cuaca panas atau sejuk yang menyebabkan permukaan bibir merekah. Pelbagai cara dan petua boleh digunakan dengan mudah untuk mendapat kembali bibir yang sihat dan lembap.
*Gunakan skrub bibir
Tidak membuang kulit yang kering pada bibir merupakan antara penyebab bibir merekah dan pecah. Terdapat skrub bibir khas di pasaran yang boleh di gunakan untuk membuang sel kulit bibir yang sudah mati. Manik skrub digosok untuk membuang kulit kering dan memberikan kulit lembut dan segar. Jangan lupa untuk gunakan krim atau salap bibir untuk ia kering selepas diskrub.
*Sapukan madu pada bibir
Madu mempunyai banyak khasiat merawat bahagian dalaman dan luaran badan. Gunakan kapas dan letak ia pada bibir. Biarkan ia kering pada bibir selama 10 minit, anda boleh menjilat madu itu sendiri sendiri atau membasuhnya dari bibir. Tip ini membantu untuk menyembuhkan kulit bibir yang kering dan merekah.
* Minyak semula jadi
Pakar mencadangkan minyak semula jadi seperti minyak biji kastor, minyak jojoba, minyak biji bunga matahari dan minyak zaitun untuk melegakan bibir merekah dan luka. Langkah yang baik dengan menyapu minyak ini pada kapas. Biarkan ia basah, kemudian sapukan pada bibir dan gosok secara lembut.
*Minum air secukupnya
Bibir kering boleh menjadi tanda bahawa anda kurang minum air dan terhidrat. Meningkatkan pengambilan air kosong pada siang hari membantu mendapatkan kembali bibir yang sihat dan lembap.











