KUALA LUMPUR – Penampilan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang sentiasa bergaya tatkala menghadiri acara-acara rasmi membuatkan rakyat jelata jatuh hati terhadap busana yang dikenakannya.
Walaupun sudah menjengah usia 59 tahun, namun penampilan ditonjolkan Raja Permaisuri dilihat begitu menarik dan bersesuaian sekali gus mencipta satu jenama gaya yang menggambarkan baginda sebagai seorang raja berjiwa rakyat.
Perunding imej, Ahmad Alif Firdaus Ahmad Latifi berkata, gaya sopan Seri Paduka Baginda dengan imej bertudung selain dilitupi dengan selendang sehingga paras badan membuatkan penampilannya sentiasa menawan hati rakyat jelata.
Memuatkan artikel berkaitan…











