Turki ikrar balas, diplomatnya dibunuh di Iraq - Utusan Malaysia

Turki ikrar balas, diplomatnya dibunuh di Iraq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA 17 Julai – Turki berikrar untuk membalas selepas kakitangan konsulatnya di wilayah autonomi Kurdistan, Iraq dibunuh dalam tembakan, hari ini.

Kementerian Luarnya dalam kenyataan berkata, ‘kakitangannya telah syahid’ dalam ‘serangan kejam’ di luar konsulat di Arbil.

Sementara itu, jurucakap presiden, Ibrahim Kalin berikrar dalam kicauan Twitter, bahawa respons sepatutnya akan diberikan kepada mereka yang melakukan serangan terkutuk itu. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini