Video lucah: Anwar cermin diri dulu - Azmin - Utusan Malaysia

Video lucah: Anwar cermin diri dulu – Azmin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Keadlian Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim muhasabah diri susulan presiden parti itu memintanya bercuti segera jika terbukti terlibat dalam video intim yang tular baru-baru ini.

“Dengar baik-baik, suruh dia cermin diri. Suruh Anwar muhasabah, cermin muka dia dulu,” katanya ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. 

Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu diminta mengulas kenyataan Anwar yang meminta beliau (Mohamed Azmin) bercuti segera jika terbukti terlibat dalam video intim yang tular baru-baru ini dan beliau tidak perlu bercuti sekiranya video itu tidak sahih.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu hari ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan berkata terpulang kepada mana-mana pemimpin yang sedang disiasat untuk bercuti atau meneruskan tugas selagi belum dibuktikan bersalah. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini