Wacana Ilmu UMNO bincang isu bermanfaat untuk rakyat - Utusan Malaysia

Wacana Ilmu UMNO bincang isu bermanfaat untuk rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan program Wacana Ilmu anjuran Penerangan UMNO akan menjadi wadah baharu bagi membincangkan dan meneliti isu-isu penting yang memberi manfaat kepada rakyat.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, usaha tersebut akan diadakan secara berkala seelain memperhalusi tajuk-tajuk tertentu yang bersifat dekat dengan rakyat.

“Penganjuran wacana ilmu ini akan menjadi medan buat rakyat untuk membincangkan isu-isu semasa serta perkara penting yang dekat paling dengan rakyat dan sudah tentu tajuk yang dibawa ini akan memberi manfaat kepada rakyat secara menyeluruh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada minggu ini, tajuk berkaitan Rule of Law ‘Bagaimana Amalannya Sekarang?’ dipilih memandangkan isunya semakin hangat dan dekat dengan rakyat berikutan beberapa isu timbul kebelakangan ini,” katanya ketika berucap dalam majlis Wacana Ilmu Penerangan UMNO di sini hari ini.

Dalam wacana itu, antara barisan panel bagi membincangkan tajuk itu ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Razali Ibrahim, peguam, Adnan Seman dan Pensyarah Undang-Undang, Dr. Shamsher Singh Thind. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini