Tiga mati ditembak termasuk Naib Konsul Turki - Utusan Malaysia

Tiga mati ditembak termasuk Naib Konsul Turki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARBIL 17 Julai – Sekurang-kurangnya seorang lelaki bersenjata menembak mati tiga orang termasuk naib konsul Turki di wilayah autonomi Kurdistan di Iraq, hari ini.

Menurut sumber, serangan bersenjata tersebut menyasarkan konsul dan kakitangannya di sebuah restoran di sini.

Saksi di bandar itu menyatakan tempat pemeriksaan segera dibuat di dalam dan sekitar kejiranan Ainkawa yang menempatkan banyak restoran dan Konsulat Turki.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turki sedang berperang dengan ketenteraan yang ofensifdi wilayah utara pergunungan Iraq bagi memusnahkan serpihan Kurdistan Workers Party (PKK).

PKK dilihat sebagai kumpulan ‘pengganas oleh Turki, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah yang telah melancarkan pemberontakan terhadap Istanbul sejak 1984 dengan pangkalan belakangnya beroperasi di wilayah Kurdistan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini