Warga emas mati dalam kereta akibat serangan jantung - Utusan Malaysia

Warga emas mati dalam kereta akibat serangan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 17 Julai – Seorang lelaki, Ng Whai Khim, 71, maut di dalam kereta akibat serangan jantung di tepi rumahnya di Persiaran Bercham Selatan, Bercham Indah di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 3.45 petang itu berlaku ketika Whai Khim sedang mengundurkan kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya sebelum hilang kawalan akibat serangan jantung.

MOHD. ALI TAMBY
MOHD. ALI TAMBY 

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, kejadian menimpa mangsa itu disedari isteri mangsa setelah terdengar bunyi kereta terlanggar sesuatu di luar rumah mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, menyedari suaminya dalam keadaan tidak bermaya, wanita berusia 69 tahun itu segera menghubungi ambulans dan pihak polis untuk bantuan.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat serangan jantung oleh pembantu perubatan.

“Menurut isteri mangsa, suaminya mempunyai rekod sakit jantung dan buah pinggang. Pemeriksaan awal mendapati tiada perlakuan jenayah dikesan ke atas mangsa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini