Tiada layanan istimewa - Utusan Malaysia

Tiada layanan istimewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer memberi amaran kepada pemain bintangnya, Alexis Sanchez supaya berusaha lebih keras jika mahu kembali berada pada tahap sebenar di Old Trafford.

Sanchez dilihat terus bergelut bersama United sejak berhijrah dari Arsenal pada 2018 apabila hanya menjaringkan lima gol sepanjang 45 penampilannya.

Lebih menyedihkan, dia hanya berjaya menjaringkan satu gol untuk aksi Liga Perdana England (EPL) musim lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Meskipun terdapat spekulasi pemain berusia 30 tahun berkenaan akan mening­galkan pasukan, namun ia dilihat sukar ekoran gaji semasanya di United adalah sebanyak £500,000 (RM2.55 juta) seminggu.

“Buat masa ini, Sanchez masih termasuk dalam perancangan pasukan untuk musim hadapan.

“Saya boleh membantunya untuk berada pada tahap sebenar, namun dia tidak boleh menganggap saya akan sentiasa memberi­nya peluang biarpun prestasinya tidak baik.

“Sebagai pemain, dia perlu pandai me­rebut segala peluang yang terhidang ke­rana Sanchez menunjukkan persembahan yang bagus di pentas Copa America tetapi malangnya dia berdepan kecederaan. Saya fikir ia tidak terlalu teruk dan akan kembali pulih dalam masa terdekat,” kata Solskjaer.

Selepas menjaringkan dua gol dalam lima aksi pembukaan Copa America, Sanchez telah berdepan kecederaan hamstring dalam aksi penentuan tempat ketiga ketika mereka tewas 1-2 kepada Argentina. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini