Pchem heret turun Bursa Malaysia untuk ditutup rendah - Utusan Malaysia

Pchem heret turun Bursa Malaysia untuk ditutup rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Julai – Bursa Malaysia ditutup 0.68 peratus lebih rendah hari ini, diheret turun oleh Petronas Chemicals (PChem), di tengah-tengah aktiviti pengambilan untung di kaunter tahap kedua dan ketiga.

PChem, yang menyumbang 4.46 mata kepada kerugian dalam indeks komposit, turun 32 sen kepada RM7.92.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 11.41 mata kepada 1,657.53 berbanding 1,668.94 semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Indeks penanda aras dibuka 1.44 mata lebih rendah pada 1,667.50 hari ini dan bergerak antara 1,656.76 dan 1,667.79 sepanjang hari.

Kaunter saham rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 618 berbanding 226, manakala 400 kaunter tidak berubah, 612 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Citigroup Investment Research menurunkan penarafannya ke atas PChem hari ini kepada ‘jual’ daripada ‘neutral’ dengan harga sasaran yang disemak kepada RM7.20 daripada RM9.00.

Firma penyelidikan itu berkata penarafan semula itu disebabkan oleh pulangan ekuiti yang lebih rendah sebanyak 11 peratus dan peningkatan pendapatan yang lebih rendah daripada pengembangan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (RAPID) berbanding konsensus.

Ia juga berkata loji monoethylene glycol PChem menjadi halangan utama memandangkan ia tidak akan menguntungkan ekoran lebihan besar-besaran, selain sentimen belian lemah oleh China.

Sementara itu, penganalisis penyelidikan Maybank IB Nik Ihsan Raja Abdullah memberitahu Bernama bahawa pengambilan untung dilihat aktif dalam kalangan saham barisan kedua dan ketiga.

“Kami dapat melihat bahawa indeks bermodal kecil mencecah 12,319.91 pada 25 Mei dan kini telah mencapai 13,808.89. Ia meningkat dengan ketara dan kini para pelabur mengaut keuntungan,” katanya.

Antara saham wajaran tinggi, Tenaga Nasional dan Malaysia Airports masing-masing susut 22 sen kepada RM13.56 dan RM8.56, Maxis turun enam sen kepada RM5.64, manakala Sime Darby dan Digi masing-masing merosot lima sen kepada RM2.20 dan RM4.93.

Bagi saham aktif, i-Stone yang mula disenarai hari ini, meningkat 8.5 sen kepada 24.5 sen, Sumatec Resources menambah setengah sen kepada 3.5 sen, Sapura Energy turun setengah sen kepada 30.5 sen manakala warannya tidak berubah pada 13 sen, manakala NETX tidak berubah pada 1.5 sen.

Indeks FBM Emas juga merosot 79.70 mata kepada 11,777.58, Indeks FBMT 100 turun 78.94 mata kepada 11,601.55, manakala Indeks FBM Emas Shariah merosot 109.83 mata kepada 12,148.86.

FBM Ace turun 31.22 mata kepada 4,669.51 dan FBM 70 susut 97.39 mata kepada 14,853.28.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 23.66 mata kepada 16,591.56, Indeks Perladangan susut 9.62 mata kepada 6,876.03 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 2.64 mata kepada 157.57.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.82 bilion unit bernilai RM1.96 bilion berbanding 3.32 bilion unit bernilai RM2.09 bilion semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat sedikit kepada 2.59 bilion saham bernilai RM1.71 bilion berbanding 2.54 bilion saham bernilai RM1.94 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran susut kepada 389.17 juta unit bernilai RM74.17 juta daripada 399.41 juta unit bernilai RM82.62 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 843.76 juta saham bernilai RM178.39 juta daripada 380.0 juta saham Selasa bernilai RM65.76 juta.

Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 346.06 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (202.66 juta), pembinaan (144.23 juta), teknologi (174.88 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (37.30 juta) 98.99 juta), perladangan (9.94 juta), REIT (16.34 juta), dana/tertutup (2,000), tenaga (1.37 bilion), penjagaan kesihatan (15.54 juta), telekomunikasi dan media (118.85 juta) dan utiliti (24.89 juta). -BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini