Amirudin dakwa hanya tahu dari media ADUN Selangor disiasat - Utusan Malaysia

Amirudin dakwa hanya tahu dari media ADUN Selangor disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 17 Julai – Menteri Besar Amirudin Shari memberitahu, beliau tiada maklumat terperinci mengenai desas-desus bahawa salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor sedang disiasat polis, dipercayai ada kaitan dengan penyebaran video seks sejenis yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Bagaimanapun tegas Amirudin, polis pastinya mempunyai asas tersendiri dalam setiap siasatan mereka dan tiada siapa pun lebih besar daripada undang-undang jika terbukti melakukan kesalahan, apatah lagi seandainya melibatkan penyebaran video tidak senonoh.

“Saya hanya dapat khabar angin dan juga baca laporan berita tetapi sepertimana saya cakap, tiada siapa lebih besar daripada undang-undang. Sesiapa pun yang telah melanggar undang-undang, hatta kesalahan jalan raya sekalipun, harus diambil tindakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apatah lagi adalah jelas dalam negara kita, menyebarkan bahan-bahan tidak senonoh, apatah lagi bahan tersebut bahan fitnah dan sebagainya, itu adalah tindakan yang kita kena ambil,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Polis dikatakan sedang menyiasat penglibatan seorang ADUN PKR Selangor, susulan beberapa siri tangkapan berkaitan dalang di sebalik penyebaran video seks berkenaan tetapi buat masa ini, tiada mana-mana pihak tampil membuat pengesahan tentang identiti ADUN tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini