NAM mula eksport kenderaan ke ASEAN - Utusan Malaysia

NAM mula eksport kenderaan ke ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Julai – Naza Automotive Manufacturing (NAM) akan mengeksport penghantarannya pertamanya ke ASEAN di bawah perjanjian usaha sama baharu antara Groupe PSA dan Naza Corporation Holdings (Naza).

.

Ketua ASEAN dan Ketua Pegawai Eksekutif NAM Groupe PSA, Laurence Noël berkata, kumpulan pertama Peugeot 3008 1.6L Active yang dikeluarkan oleh NAM di Gurun, kEDAH dijangka tiba di Filipina pada hujung bulan ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, pihaknya menyasarkan 4,000 kenderaan Peugeot 3008 dan Peugeot 5008 1.6 THP akan berada di Filipina menjelang 2023.

“Filipina merupakan negara ASEAN pertama yang menerima kehadiran kereta kami di bawah AFTA.

“Lebih banyak kereta akan dieksport ke negara ASEAN lain tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Naza dan Groupe PSA menandatangani penjualan saham dan perjanjian usaha sama pada Februari 2018 bagi menubuhkan operasi bersama NAM di Kedah sebagai hab pengeluaran ASEAN pertama bagi Groupe PSA.

Ini menandakan permulaan NAM dalam pengedaran jenama di bawah Groupe PSA seperti Peugeot, Citroen, DS dan Opel di rantau ASEAN. – UTUSAN ONLINE

HABIS…

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini