KUALA LUMPUR 17 Julai – Boustead Plantations Bhd. (BPB) mengumumkan pelantikan lima ahli lembaga pengarah baharu berkuatkuasa 22 Julai 2019.
BPB berkata, empat Pengarah Bukan Eksekutif Bebas yang dilantik adalah Tan Sri Aziah Ali, Datuk Syed Tamim Ansari Syed Mohamed, Datuk Chan Kong Yew dan Datuk Ahmad Rizal Abdul Rahman.
Katanya, Datuk Seri Ghazali Mohd Ali pula dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas.
Memuatkan artikel berkaitan…
BPB berkata ahli lembaga pengarah baharu itu berbakat dan banyak pengalaman.
“BPB yakin latar belakang dan kepakaran mereka yang pelbagai akan memimpin kumpulan ke depan,” katanya. -UTUSAN ONLINE











