Anwar terkejut Farhash ditahan - Utusan Malaysia

Anwar terkejut Farhash ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Julai – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui terkejut dengan penahanan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak untuk membantu siasatan kes penyebaran video seks mirip menteri kanan Kabinet yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson tetap menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis untuk mengendalikannya dengan telus dan profesional.

Jelas Anwar, pihak polis tentunya mempunyai alasan tersendiri berhubung penahanan itu tetapi menegaskan PKR masih kekal kukuh walaupun berhadapan cabaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak dimaklumkan selain apa yang terdapat dalam laporan media. Perkara itu dalam proses siasatan, jadi kita serahkan kepada tindakan polis.

“Saya memang terkejut sebab tak tahu mengapa (ditahan). Seperti mana kita sebut pendirian parti selama ini adalah untuk menyerahkan kepada pihak polis dan mahu supaya keadilan diberikan kepada pelaku serta perencananya,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Tiga lelaki termasuk Pengerusi PKR sebuah negeri yang didakwa Farhash Wafa Salvador ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pasir Gudang, Johor semalam bagi membantu siasatan kes penyebaran video seks mirip menteri kanan Kabinet.

Kesemua suspek berusia antara 29 dan 37 tahun itu yang seorang daripadanya setiausaha politik dijangka dibawa ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan permohonan reman, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini