Brahim’s sasar jualan meningkat 10 peratus - Utusan Malaysia

Brahim’s sasar jualan meningkat 10 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Julai – Brahim’s Dewina Holdings Sdn. Bhd. menyasarkan peningkatan sebanyak 10 peratus bagi jualan paket hidangan sedia dimakan untuk tahun pertama bagi jualan dalam talian.

Pengarah Urusan Kumpulan Dewina Holdings Sdn. Bhd., Nur Fatin Ibrahim berkata, de­ngan promosi yang ditawarkan, pihaknya yakin sasaran jualan sehingga 100,000 paket makanan itu dapat mencapai sasaran.

Katanya, ini terbukti dalam tempoh empat bulan sejak Mac lalu, sebanyak 35,000 pek makanan terjual di platform Lazada dan Shopee dengan purata 500 paket setiap hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terdapat empat produk yang paling mendapat permintaan tinggi iaitu nasi goreng kampung, nasi beriyani ayam, nasi beriyani kambing dan nasi lemak manakala bubur lambuk pula ditempah setiap hari,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis mengumumkan Pembukaan Kedai Dalam Talian di Lazada dan Shopee sempena sambutan Ulang Tahun Brahim’s ke-31 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Eksekutif Brahim’s Holdings Bhd. (BHB), Datuk Seri Ibrahim Ahmad dan Pengurus Jualan dan Pemasaran Dewina Trading Sdn. Bhd., Fazil Othman.

Para pengguna kini boleh mendapatkan lebih daripada 50 produk Brahim’s sedia dimakan yang dijual menerusi kedua-dua platform dalam talian itu.

Terdapat sembilan produk baharu dijual di platform tersebut yang tidak dijual di pasar raya, iaitu, bubur nasi ayam, bubur lambuk, sambal sotong, sambal daging, sambal telur puyuh, daging masak hitam, rendang tok, bubur pulut hitam dan nasi putih.

Sempena pelancaran itu, Brahim’s menawarkan diskaun sehingga 30 peratus bagi semua produk yang dijual dalam talian mulai hari ini sehingga 23 Julai 2019.

Menurut Nur Fatin, sebanyak 80 peratus produk hidangan sedia dimakan yang dijual di platform dalam talian itu mendapat sambutan tinggi daripada para pelanggan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini