Kerajaan komited cari dalang insiden MH17 - Utusan Malaysia

Kerajaan komited cari dalang insiden MH17

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kerajaan akan terus mencari dalang insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine lima tahun lalu dan mengorbankan 298 orang.

Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan berkata, komitmen berterusan itu bagi memastikan keadilan kepada mangsa-mangsa insiden berkenaan.

“Malaysia akan terus bekerjasama dengan anggota-anggota pasukan penyiasatan bersama (JIT) lain, negara-negara yang terlibat dan masyarakat antarabangsa dalam memaklumkan perkembangan berkaitan kepada pihak keluarga bagi mencari akauntabiliti dan keadilan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tidak syak lagi, setiap anggota keluarga yang terjejas oleh tragedi ini patut diberi keadilan. Kami amat berharap ini akan membawa ketenangan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi ini,” katanya.

Hari ini genap tahun kelima peristiwa tragis pesawat MH17 yang ditembak jatuh berhampiran Hrabove, sebuah kampung di timur Ukraine sehingga mengorbankan 298 orang termasuk 43 warga Malaysia yang menaiki pesawat berkenaan.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut menambah, anggota-anggota keluarga mangsa terlibat diharap diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan seharian mereka.

“Kita akan tetap tegas dalam usaha kita dan akan menjalankan segala usaha sehingga keadilan dapat diperoleh,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini