Khalid menang saman fitnah, dapat ganti rugi RM80,000 - Utusan Malaysia

Khalid menang saman fitnah, dapat ganti rugi RM80,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Julai – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) telah memfitnah Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berhubung isu Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.

Pesuruhjaya Kehakiman, Rohani Ismail memutuskan demikian selepas defendan, Profesor Datuk Mahamad Naser Disa gagal mengemukakan sebarang keterangan yang menunjukkan bahawa Khalid selaku plaintif telah mengeluarkan kenyataan yang menentang RUU 355.

“Kenyataan defendan menggambarkan plaintif menentang RUU 355 adalah tidak benar dan menjatuhkan reputasi plaintif,” ujarnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan Mahamad Naser untuk membayar ganti rugi sebanyak RM80,000 dan kos RM20,000.

Rohani turut mengeluarkan perintah injunksi menghalang defendan atau ejennya untuk mengeluarkan atau menerbitkan semula kenyataan fitnah tersebut.

Mahamad Naser juga perlu membuat permohonan maaf secara terbuka yang akan disiarkan di akhbar-akhbar tempatan dalam tempoh 14 hari. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini