KUALA LUMPUR 17 Julai- Lima warga asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti persundalan dalam serbuan Op Noda di tingkat satu sebuah premis di Jalan Wong King Huo, Sibu, Sarawak semalam.
Portal Utusan Borneo melaporkan, serbuan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu itu turut menahan empat lelaki termasuk seorang pengurus permis.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, kesemua suspek terdiri daripada dua warga China dan tiga warga Filipina serta kesemuanya berusia antara 25 hingga 35 tahun.
Menurutnya, polis turut merampas satu buku catitan perniagaan, satu unit dekoder kamera litar tertutup (CCTV), satu unit modem, satu unit monitor dan wang tunai berjumlah RM3,080.
“Seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan kerana disyaki menggaji pekerja tanpa permit yang sah.
“Seorang wanita didapati kerana tiada permit kerja yang sah manakala empat wanita asing yang lain ditahan untuk dokumentasi maksiat atau persundalan.Kesemua mereka dimasukkan ke dalam lokap untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 55B dan Seksyen 39B Akta Immigresen 1959/63.- UTUSAN ONLINE











