Malaysia hadapi risiko hilang bakat dalam IR 4.0 - Utusan Malaysia

Malaysia hadapi risiko hilang bakat dalam IR 4.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Malaysia berisiko hilang potensi inovasi baharu daripada bakat semula jadi dalam negara yang belum diteroka jika industri tempatan, terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS), tidak mengguna pakai Industri 4.0 (IR4.0) serta kemajuannya, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini.

Perdana Menteri juga menggesa industri berkembang dan berinovasi selari dengan keperluan IR 4.0.

“Revolusi Perindustrian Keempat akan mengubah jenis kerja yang diperlukan dalam industri. Kami berpendirian bahawa sebagai sebuah negara, kita mesti mewujudkan pekerjaan untuk masa depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Matlamat kami adalah untuk mengautomasikan kerja, tetapi menginsankan pekerjaan. Biarkan mesin melakukan kerja berbahaya serta berulang dan memastikan manusia mempunyai keupayaan untuk melaksanakan kreativiti, empati dan interaktif,” katanya dalam ucapannya pada Beyond Paradigm Summit 2019 di sini.

Mahathir berkata, tindak balas segera perlu bagi membolehkan Malaysia mewujudkan, mengguna pakai dan mengintegrasikan penyelesaian teknologi tersendiri untuk mentransformasikan tenaga kerja dan industri. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini