Tiada pendakwaan terhadap Abdul Taib - Utusan Malaysia

Tiada pendakwaan terhadap Abdul Taib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Julai – Tiada pendakwaan rasuah dikenakan terhadap Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Lim Vui Keong berkata, perkara itu disahkan oleh Jabatan Peguam Negara dan keputusan diambil susulan tiada bukti dan keterangan baharu berkenaan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa dilakukan Taib bagi kertas siasatan dibuka semula oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Peguam Negara telah mengkaji kes yang telah dibuka terhadap beliau dan telah memutuskan tiada pendakwaan. SPRM ada menerima beberapa maklumat daripada Bruno Manser Fund (BMF) dan Sarawak Report namun isi kandungannya adalah sama seperti siasatan yang telah dibuka sebelum ini.

“Ia bukan keterangan baharu untuk membolehkan SPRM membuka kertas siasatan yang baru. Sekiranya ada bukti-bukti baharu, tiada sekatan kepada SPRM untuk membuka semula siasatan,” katanya.

Vui Keong berkata demikian menerusi jawapan bertulis kepada soalan Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada SPRM akan membuka semula siasatan terhadap Abdul Taib dan juga orang-orang berdekatan dengannya.

Ia ekoran tuduhan rasuah dan juga penyalahgunaan kuasa berikutan bukti baharu yang dikemukakan atas kerjasama oleh BMF dan Sarawak Report. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×