3,293 kes baharu HIV dilapor - Utusan Malaysia

3,293 kes baharu HIV dilapor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Julai – Sebanyak 3,293 kes HIV baharu telah dilaporkan di negara ini atau pada kadar 10.0 kes bagi setiap 100,000 penduduk pada tahun 2018.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 47 merupakan pesakit kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun.

“Setakat ini apa yang dilakukan oleh pihak kementerian bagi mencegah jangkitan HIV dalam kalangan kanak-kanak adalah antaranya dengan setiap ibu yang mengandung telah dibuat saringan HIV dan diberi rawatan supaya jangkitan tidak merebak kepada anak mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiap kanak-kanak yang dijangkiti juga diberikan rawatan antiretroviral supaya kehidupan mereka pulih seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Boon Chye menjawab pertanyaan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) yang meminta kerajaan menyatakan statistik terkini kanak-kanak di negara ini yang dijangkiti virus HIV dan AIDS serta bilangan rumah perlindungan yang dikendalikan oleh kerajaan dan pihak swasta.

Menjawab soalan tambahan Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali (PH-Bagan Serai), beliau memberitahu kerajaan berjaya menurunkan kadar kes HIV dari 28.5 bagi setiap 100,000 penduduk pada tahun 2002 kepada 10.0 kes bagi setiap 100,000 penduduk pada tahun lalu, ini satu kejayaan yang besar,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini