Kembara Mahkota Johor edisi ke-22 bermula Sabtu ini - Utusan Malaysia

Kembara Mahkota Johor edisi ke-22 bermula Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan memulakan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2019 edisi ke-22 bermula Sabtu hingga Isnin ini.

Sultan Ibrahim bertitah, jarak perjalanan hampir 700 kilometer (km) pada jelajah KMJ kali ini, bukan menjadi halangan kepada baginda untuk menemui rakyat di pelbagai kawasan serta mendengar keluhan mereka.

Titah baginda, walaupun cuaca hujan atau panas, perjalanan akan tetap diteruskan merentasi 10 daerah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak sabar untuk menemui rakyat dan jika mereka ada apa-apa keluhan untuk disampaikan, saya sedia mendengar.

“Jika mereka ingin menyampaikan keluhan masing-masing menerusi surat, boleh serahkan surat berkenaan kepada pegawai atau juruiring saya,” titah baginda.

Pada jelajah KMJ 2019 kali ini, Sultan Ibrahim akan menunggang motosikal berkuasa tinggi Harley-Davidson 2019 Road King Special Touring Bike.

Baginda akan membaca sendiri setiap surat yang disampaikan rakyat kerana ingin mengetahui apakah keluhan mereka.

“Orang ramai jangan kecil hati jika tidak dapat berswafoto (selfie) bersama saya di setiap lokasi persinggahan ini kemungkinan disebabkan pergerakan awal bagi meneruskan perjalanan ke lokasi lain,” titah baginda. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini