LONDON – Paris Saint-Germain (PSG) meletakkan tanda harga bernilai 200 juta pound (RM1.021 bilion) kepada Neymar jika Barcelona ingin mendapatkan pemain tersebut.
Difahamkan skuad catalan itu mahu membawa masuk penyerang Brazil kembali ke Camp Nou dengan tawaran 36 juta pound (RM183 juta) beserta Philippe Coutinho dan Ousmane Dembele.
Bagaimanapun, menurut sumber terdekat, PSG tidak berminat dengan tawaran tersebut sebaliknya mahu menjual pemain berusia 27 tahun itu tidak kurang daripada 200 juta pound, jumlah yang sama ketika juara Ligue 1 itu mendapatkan Neymar dari Barca pada 2017. – AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











