TMJ, Che Puan Khaleeda sambut putera kedua - Utusan Malaysia

TMJ, Che Puan Khaleeda sambut putera kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri baginda, Che Puan Khaleeda Bustamam selamat menyambut kelahiran putera kedua awal pagi hari ini.

Berita gembira itu dikongsikan Tunku Ismail menerusi laman facebook rasminya kira-kira pukul 2 pagi hari ini.

Menerusi perkongsian itu, pewaris tahkta Kerajaan Johor itu kelihatan tersenyum gembira disisi Che Puan Khaleeda bersama putera kedua mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alhamdulillah. YM Che Puan Khaleeda telah selamat melahirkan seorang Putera Raja. Allah Peliharakan Sultan,” titah baginda.

Tunku Ismail selamat diijabkabul dengan Che Puan Khaleeda di Istana Bukit Serene pada 24 Oktober, 2014. 

Pada 25 Jun 2016, pasangan diraja itu telah dikurniakan seorang puteri sulung yang diberi nama Tunku Kalsom Aminah Sofiah.

Setahun kemudian, pasangan diraja itu dikurniakan seorang putera, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim pada 14 Oktober 2017. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini