MADRID – Pemain tengah Porto, Oliver Torres menyertai Sevilla selama lima tahun bagaimanapun kelab Sepanyol tersebut tidak mendedahkan nilai perpindahan.
Media tempatan melaporkan Sevilla membayar 12 juta euro (RM68 juta) kepada Porto bagi mendapatkan bekas pemain Atletico Madrid itu yang telah beraksi selama tiga musim untuk kelab Portugal tersebut dengan 12 gol dalam 146 perlawanan. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











