LONDON – Pertahanan Belanda, Matthijs de Ligt tiba di Turin untuk melengkapkan perpindahannya dari Ajax ke Juventus yang bernilai 63 juta pound (RM321 juta).
De Ligtt, 19, bakal menjadi pertahanan paling mahal dalam sejarah kelab gergasi Itali itu dan kedua tertinggi menerima bayaran gaji, di belakang Cristiano Ronaldo.
Perjanjan tersebut bernilai 63 juta pound dan akan meningkat sebanyak 10.8 juta pound (RM55 juta) selepas bonus.
Dia akan menjalani pemeriksaan kesihatan hari ini dan akan diperkenalkan kepada penyokong secara rasmi esok.
De Ligt akan memakai jersi nombor empat yang sebelum ini dipakai oleh legenda Juve iaitu Giuseppe Furino dan Paolo Montero.
Kontraknya memiliki klausa pelepasan bernilai 135 juta pound (RM689 juta) dan akan meningkat 13.5 juta pound (RM68 juta) setiap tahun. – AGENSI











