WASHINGTON 17 Julai – Amerika Syarikat semalam menyekat lawatan yang bakal dibuat oleh ketua tentera dan tiga pegawai tertinggi Myanmar berikutan peranan mereka dalam operasi penghapusan etnik terhadap etnik Rohingya.
Jabatan Negara AS mengesahkan telah mengambil tindakan terhadap ketua tentera, Min Aung Hlaing dan tiga orang lagi selepas menemukan bukti kukuh berhubung penglibatan mereka dalam operasi terbabit.
“Beserta pengumuman ini, AS adalah kerajaan pertama yang secara umumnya mengambil tindakan dengan segala hormat terhadap kepimpinan tertinggi tentera Myanmar,” kata Setiausaha Negara, Mike Pompeo. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











