Duit dinanti sudah masuk akaun - Utusan Malaysia

Duit dinanti sudah masuk akaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penantian pasukan-pasukan Liga Malaysia (liga M) untuk menerima bayaran hak penyiaran akhirnya terlerai semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam berkata, se­perti dijanjikan semua pa­sukan telah menerima 50 peratus daripada jumlah yang ditetapkan dan baki pembayaran akan dibuat pada 15 Ogos.

“Semua urusan pendokumentasian yang diperlukan telah dibuat dan tandatangan pun sudah diturun­kan. Ia akan ambil masa. Petang ini (semalam) semua pasukan dapat tengok duit yang dipindahkan ke dalam akaun bank masing-masing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pasukan juga sudah menerima e-mel daripada MFL dengan memberitahu jumlah yang diberikan kepada mereka. Setiap pasukan Liga Super menerima RM3 juta manakala Liga Perdana RM 1 juta.

“Itu bermakna pasukan Liga Super menerima RM1.5 juta manakala Liga Perdana mendapat RM500,000 dan baki 50 peratus lagi akan diberi pada 15 Ogos ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, isu mula timbul selepas Telekom Malaysia Berhad (TM) yang merupakan penaja utama MFL mengumumkan penamatan kontrak pada 15 Mac lalu, sekali gus menimbulkan kegusaran kepada 24 pasukan yang bertanding dalam Liga M.

Bagaimanapun, badan pentadbir liga tempatan itu me­ngumumkan kemasukan rakan kongsi baharu Enervive Consultancy Sdn. Bhd. (EVC) dalam penstrukturan hak penyiaran Liga Malaysia bermula musim 2020.

Dengan kemasukan rakan kongsi baharu tersebut membolehkan setiap pasukan yang bertanding menerima RM3 juta untuk Liga Super dan RM1 juta bagi Liga Perdana.

Mengulas lanjut, Kevin berharap semua pasukan yang bertanding dapat pandang ke depan dan bergerak bersama dengan MFL.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini