Misi naib juara Melaka lebur - Utusan Malaysia

Misi naib juara Melaka lebur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Kegagalan mempertahankan kelebihan mendahului 1-0 menyebabkan Melaka United terlepas peluang untuk mencabar Pahang selaku naib juara Liga Super apabila diikat 1-1 oleh PKNS FC di Stadium Hang Jebat, Krubong sebentar tadi.

Gagal mengutip tiga mata sekali gus menutup peluang anak-anak buah Zainal Abidin Hassan untuk mencabar kedudukan naib juara, sebaliknya mereka sekadar menghuni tempat kelima dengan 33 mata daripada 21 perlawanan.

Bagaimanapun, skuad Sang Kancil masih berpeluang merebut tempat ketiga, dengan syarat mereka mengalahkan Pahang di Kuantan, Sabtu ini sambil berharap Kedah atau Selangor gagal mengutip mata penuh pada perlawanan terakhir masing-masing.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam perlawanan hari ini, gol pembukaan Melaka United disempurnakan oleh ketua pasukan, Shukor Adan pada minit ke-54 hasil bola muntah di depan gol PKNS FC.

Kegembiraan penyokong Melaka United bagaimanapun direntap pada 10 minit terakhir apabila skuad kendalian Datuk K. Rajagobal menyamakan kedudukan menerusi Kpah Sean Sherman.

Kedua-dua pasukan cuba menambah jaringan pada minit-minit akhir namun tiada sebarang jaringan dihasilkan hingga ke minit akhir perlawanan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini