Barcelona biarkan Kubo terlepas daripada genggaman - Utusan Malaysia

Barcelona biarkan Kubo terlepas daripada genggaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID – Lionel Messi seusia dengan pemain baharu Real Madrid sewaktu Takefusa Kubo berjaya meloloskan dirinya daripada kawalan benteng pertahanan dengan kelajuan kakinya serta kekuatan bahagian atas tubuh yang mengejutkan dan rembatan kaki kiri yang kencang.

Dia sudah mula menunjukkan magis yang dimilikinya dengan lima jaringan dan empat bantuan sewaktu beraksi dalam 16 perlawanan bersama FC Tokyo pada Liga-J dan ia memadai meletakkan pemain remaja itu beraksi di pentas sama dengan Messi pada Copa America.

Barcelona terbang ke Jepun, minggu depan bagi perlawanan jelajah pra-musim dan sedar bekas bintang akademi mereka yang mesra dipanggil, Take bakal mencetuskan fenomena.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hakikatnya, pemain itu sekarang akan beraksi bersama Real Madrid, dan bukannya Barcelona yang mana melepaskan bintang muda itu adalah satu kesilapan besar yang mereka lakukan.

Tidak ramai pemain Real Madrid yang fasih berbahasa Catalan. Kubo yang pernah berada dalam sistem bola sepak remaja Barcelona dan fasih bertutur bahasa tersebut sepatutnya bermain dengan Messi di Asia, tetapi sebaliknya dia bakal bergandingan bersama Eden Hazard pada jelajah Real Madrid di Amerika Utara.

Hubungan mesra dengan Hazard telahpun terjalin. Sewaktu Kubo sedang berjalan pulang dari sesi latihan, seorang wartawan televisyen untuk kelab itu, minggu lepas, ada bertanya kepada pemain tersebut tentang pengaruhnya sebagai pemain.

Selepas menyebut mengenai bapanya, Kubo berkata, dia ada menyaksikan video Hazard dan sewaktu berkata demikian, bekas bintang Chelsea itu berada di sisinya.

“Saya menonton video anda bermain sebelum perlawanan saya di Brazil (Copa America),” kata Kubo.

Hazard dalam nada bergurau menjawab: “Kualiti.” Dan, ketika ditanya oleh wartawan Real Madrid, Hazard memberitahu: “Dia bermain dengan sangat baik, betul tak? Baiklah, apa yang anda harapkan jika dia menonton video saya!”

Kubo ternyata mengejutkan rakan sepasukannya yang baharu pada jelajah tentang bagaimana bagusnya dia bermain, baik dari segi teknikal mahupun fizikal di bawah bimbingan jurulatih kecergasan yang baharu, Gregory Dupont.

Bagaimana agaknya jika bintang muda Jepun, Kubo merupakan pengganti Messi pada masa depan? Barcelona membiarkan pemain itu terlepas daripada genggaman mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini