BALI 16 Julai – Sebuah video yang tular dalam Facebook menunjukkan ribuan ikan terdampar di Pantai Canggu, Bali malam tadi, kejadian yang dianggap penduduk sebagai petanda akan berlakunya gempa bumi, hari ini.
Lapor Tribunnews, video dimuat naik oleh pemilik akaun, Made Putra Arimbawa itu menunjukkan ikan kecil berkenaan dirakam terdampar di tepi pantai dan orang ramai mengambil kesempatan tersebut dengan memungut ikan terbabit ke dalam plastik.
Dalam suasana yang agak gelap, ombak Pantai Canggu nampak tidak terlalu besar namun cukup untuk membawa ikan-ikan itu melompat dan terdampar di tepi pantai.
Sementara itu, gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter menggegarkan Bali pagi ini menyebabkan kerosakan pada sejumlah bangunan di wilayah itu. – AGENSI











